Sunday 4 May 2014

Macarons Recipe Step by Step

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum kepada awk - awk yang membaca. Hari ni nak share easy step for bake a macarons. Petang tadi aku dengan suami ada free time,memang aku hambat sekali suami aku turun dapur utk bantu aku buat macaron ni.
Actually buat macaron ni memang senang, cuma kena teliti.. Amboi cakap pandai naa.. 
Plan buat macarons ni mmg dah lama, tp bila baca kat blog-blog kata buat macarons ni remeh so tangguh lah buat la haii.. Sebab nak buat yang betul-betul menjadi punya it take times! Tapi Alhamdulillah aku punya cubaan pertama membuat macarons menjadi.  
  It turns out well!
Resipi ni aku ambil dari blog seorang hamba Allah,semoga Allah limpahkan rezeki keatas awak yer..Tak lokek share ilmu. Oklah ,jangan lupa catit bahan-bahan yang perlu dibeli tau!

Bahan-bahan kulit macaron:-

80g telur putih (makesure telur ayam yer..)
60g gula kastor
80g serbuk almond
120g gula aising
Sedikit esen vanilla(untuk hilangkan bau telur)
Pewarna makanan

Bahan Filling :-

1/2 cup butter
1 cup gula aising
blackberry/raspberry/strawberry/buah kesukaan awk lah yer..

Cara-cara :-

Ayak serbuk almond dengan gula aising (Ketepikan)
(Aku kisar lagi serbuk almond tu supaya senang nak ayak)

Pukul putih telur sampai berbuih (Yakin tau berbuih!)

Lepastu masukkan gula kastor sikit demi sikit pukul sampai adunan tumbuh bertanduk.

Masukkan esen vanila dengan pewarna kegemaran anda yer.
(Macam aku, mak mertua suka warna hijau, so aku buat lah macarons warna hijau)

Masukkan serbuk almond dgn gula aising yang diayak tadi menggunakan spatula.Kaup bailikkan
Step no 5 ni kena aware betul-betul.tak boleh undermixed & tak boleh overmixed. Macam yang aku buat,aku set dalam kepala cuma 50-60 kali pusingan jer. Maksudnya,aku taknak overmixed lah kan..

Makesure adunan berkilat dan bila angkat guna spatula adunan jatuh perlahan.Masukkan adunan ke dalam piping beg dan paip kan keatas dulang yang dilapik parchment paper yer.
Kalau rajin buat lah template bulat sebesar syiling 20sen @ 50sen.
Tapi aku tak buat pun sebab nak cepat siap..

Jarakkan antara macarons masa piping adunan tu okay. Dah siap piping,ambil toothpick,cucuk gelembung udara yang ada kat macaron tu. Lepas tu,dengan garangnya awk hentak-hentak dulang macarons utk bagi permukaan macarons rata
Biarkan macarons kering sebelum dibakar.(Lebih kurang 30@40 minit)
Kering bermakna bila kita sentuh kulit macaron tu dah tak melekat kat jari kita.

Preheat oven 10minit sebelum macaron dibakar. Bakar macaron guna api atas bawah,dan letak dulang pada rak bawah tau.Bakar dalam masa 10 minit.(Bergantung kepada oven awk juga tau!)

Sejukkan sebelum letak filling.

Cara Buat Filling:-

- Pukul mentega sekuat hati  sampai kembang
- Masukkan gula aising,pukul lagi
- Lenyek buah tadi dan ambil jusnya(Aku guna blackberry fruit)
- Gaul sekali dalam adunan butter+gula aising tadi.
- Tadaa dah siap filling kita yer..



Dah siap pun macaron nya.. Diharap dapat bantu sikit-sikit korang yang nak buat macaron tu yer..
Sebarang pertanyaan boleh lah email aku kat yasminzainal712@gmail.com

Sampai sini jelah coretan kali ni. Semoga perkongsian kali ini dapat sedikit sebanyak membantu korang:)
Tak banyak gambar yang aku tangkap tadi sebab kelam kabut kan..

p/s: Maaf penggunaan bahasa bercampur-campur.




Inilah dia macaron yang aku buat tadi..

Saturday 26 April 2014

Flashback/Throwback/Replay

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum pembuka bicara dipetang hari begini..
Alhamdulillah dapat jugak aku  meluangkan masa dgn e-diari aku ni..Memandangkan hari cuti,banyaklah masa yg terluang. Tapi si suami pulak bekerja. But its okay,aku blh lah spend time mengemas rumah,memasak,bercucuk tanam,basuh baju,basuh kereta ehh banyak pulak ye.. Ada sikit la yang aku auta,mana ada kebun yg aku nak cucuk tanam kat rumah ni kan.. hehe.. 

Tapi sebenarnya hari ni rutin aku cuma la,lipat baju,kemas bilik and jadi baby sitter. Haa baby sitter? Gulp sejak bila pulak ni kan..haha Aku tolong jaga anak kakak ipar aku memandangkan ummi dgn abi dia kerja.Alahai bkn susah pun jaga budak en...(riak detected!) hahaha..Memang tak susah nak jaga budak,tapi memang kena sentiasa on eyes je sebab takut tergolek ke apa kan..Yg paling seronok part tidurkan baby..The moment when the baby sleeping on your shoulder.Alololo terharu sangat(Mcm tu rupanya perasaan ada anak)..Sampai berbirat tangan sbb dukung lama sgt.Tapi itu bagi aku suatu kepuasan. 

Okay sebenarnya hari ni nak flashback and throwback the old times.Ala senang cite zaman muda-mudi dulu2.. Zaman sebelum kahwin dgn selepas.. 
Ha meh semua aku belanja old picca!
Terserlah kekurusan suami aku masa ni.

Ni gambar masa tahun 2010.Betapa mudanya aku waktu ni takdapat dinafikan. Perut pun takde hah! haha Yg aku ingat masa ni berbuka puasa beramai-ramai dengan member2 suami aku(That time boyfriend la kan)..
 Umur masa ni 19tahun beb, kategori cinta monyet la org kata en..

Sorry la yer org depan tak dapat interframe haha
Ni pun gambar masa 2010. Hujung tahun macam tu lah. Sebab masa ni cuti semester kot.Aku follow family suami aku balik kampung kat kuantan. So dah kat kuantan tu kitorang pun amiklah peluang mandi air terjun.. Rasanya nama tempat ni Panching. Kot la sebab aku sendiri pun tak ingat..hehe Tetiba rasa rindu pulak nak balik kampung..

Melaka
Ni tahun 2013.. Baru lagi lah kan.. Ni masa jalan2 dekat melaka. Masa ni ada baki 6 bulan sebelum wedding kitorang.Jalan2 pusing satu melaka member tunjuk jalan..Alhamdulillah seronot gila lah kan bila dapat berjalan. Terserlah perangai childish disitu yer..Slim lagi time ni..
Yeayy..Katenye..
Abang henseng dgn pijo omar. Muka ada senyum!
 Gambar diatas masa Super GT 2013. Otw balik KL dari Melaka kitorang singgah sepang semata suami aku hingin sangat tengok benda ni. Semua pasal kereta. Aku pun acah2 eksaited la kan sbb nak jaga hati bakal suami(masa tu couple lagi en) hehehe
So this is our wedding "belanja". hehehe
Selamat di ijab-kabul kan pada 21 Disember 2013..
Gambar diatas masa majlis belah lelaki.
Nanti next post Insya-Allah aku share gambr wedding aku yang tak seberapa tapi alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar.Tgk la tu muka pun ada senyum.. hehe

Solemnization. Gambar curi dekat ig cuzzy suami. 

Hari resepsi. Wearing songket dress. Gambar curi kat ig kak elly. Hikss
So setakat disini sahaja for this time. Insya-Allah next post nak sembang mambang pasal Meen's Baking Time

Okay,till we meet for the next post.Thanks e-diari sebab dari tadi dengar meen bercerita..

Wednesday 23 April 2014

Bismillahirahmanirahim..

This is gonna be my first post in this blog. Nervous pulak kita ni nak menulis blog. Maklum lah lama dah tak beraksi.

Disebabkan ini post yang pertama, tak nak lah bebel panjang2 cukup lah sekadar pengenalan diri.

Dulu pernah juga menulis blog,tapi dulu terdapat kekangan internet(Eh betul ke bahasa melayu aku ni?) terpaksa melupakan hasrat nak berblogging. Just tulis diari kat buku nota kici aku tu. Yang selalunya aku tinggalkan merata. Pastu mula lah gelabah bila orang baca diari cabuk kau tu--- Haih merepek dah ni yasmin..

Sebab apa aku menulis blog semula. Ermm, satu je la jawapan yang aku ada.. Mungkin sebab aku kebosanan kat rumah sejak2 jadi isteri ni.. Suami selalu habis kerja malam. So aku pun decide menulis blog ni. Kira jadi "best buddy" aku la bila encik seben belum balik kerja. hehe

So secara ringkas je lah kan.Nama pun ringkas.
Tapi itu bukan nama aku.

Me is Puteri nur yasmin farhana wifey to My one and only Zhàngfū Mohd Luqmanul-Hakim

To be continue. Insya-Allah.

Assalamualaikum.